MOTIVASI DARI WAJADA JAYA ENTERPRISE
Semua orang mempunyai masa yang sama - 24 jam, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, atau 365 hari setahun. Peniaga yang telah berjaya juga mempunyai masa yang sama. Peniaga yang mengatakan bahawa mereka tidak ada masa lapang sebenarnya membuat andaian salah. Jika anda bekerja dengan kerajaan, anda ada masa lapang pada hujung minggu. Jika anda bekerja mengikut shif, akan ada masa lapang sebelum tiba masa bekerja.
Peliknya, mereka yang berkata bahawa mereka tidak ada masa lapang, masih ada masa menonton televisyen atau berjalan-jalan di bandar pada hujung minggu. Sebenarnya, mereka hanya memberikan alasan tidak logik. Anda mesti keluar daripada zon keselesaan sekarang ini agar anda dapat masuk ke dalam zon keselesaan itu sampai bila-bila. Maksudnya, anda mesti mengorbankan masa rehat/masa lapang anda untuk beberapa tempoh dengan membuat perniagaan ini sungguh-sungguh kerana apabila anda sudah berjaya kelak, anda akan masuk semula ke dalam zon keselesaan ini.
Sebagai peniaga sambilan, anda hanya perlu memperuntukkan lebih kurang 1-2 jam yang berkualiti untuk perniagaan ini, bukannya 12 jam! Yang paling baik mencipta masa lapang adalah dengan membuat jadual khusus perniagaan . Binalah jadual secara sistematik. Jika anda memperuntukkan masa antara 1 hingga 2 jam sehari untuk perniagaan ini, maka jangan bazirkan masa itu dengan aktiviti yang tidak berfaedah.Bekerjalah dengan bijak, bukan bekerja dengan kuat.
Perniagaan ini adalah perniagaan peribadi. Anda berniaga bukan untuk orang lain. Jika anda bekerja dengan bersungguh-sungguh, anda yang akan merasai hasilnya, bukannya bukan orang lain..
Berniaga adalah merupakan satu proses atau usaha berterusan secara jangka panjang. Oleh itu, anda mesti mempunyai matlamat yang jelas, fleksibel, bertempoh,dan mudah dicapai. Tanyakan kepada diri anda, berapa lama anda mesti memperuntukkan masa untuk mencapai hirarki/kedudukan tertentu. Jangka masa itu biar logik. Jangan terlalu singkat kerana jika tidak dapat dicapai, anda akan berasa kecewa. Jangan pula terlalu lama kerana anda akan menjadi tidak serius untuk melakukannya. Jangan membuat matlamat yang terlalu sukar dicapai.
Misalnya, anda mahu mencapai target dalam masa 5 tahun. Ukurlah kemampuan anda dengan matlamat yang anda set itu.Usahawan yang berjaya telah menghabiskan masa lebih daripada 5 tahun untuk menikmati hirarki yang tertinggi dalam usahanya. Matlamat itu mestilah jelas dan dapat dicapai.
Jika anda menginginkan pendapatan melebihi RM15,000 sebulan, anda mesti menentukan dengan jelas berapa banyak jualan /deal bulanan yang perlu anda buat dan berapa ramai pelanggan yang perlu anda miliki.
Sabtu, 10 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan