Berikut adalah ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya .
a. Bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Dari celah-celah lumpur itu mungkin ada permata berharga.
b. Bekerjasama sesama peniaga.
d. Buat perancangan anda dan mestilah anda komited dengan perancangan anda itu.
e. Jangan abaikan pelanggan anda. Setiap permohonan bantuan daripada mereka walaupun bakal pelanggan/pelanggan baru dia perlu anda bantu dan beri layanan baik.
f. Anggap perniagaan ini sebagai peperangan. Anda tidak boleh tewas/gagal. Jika tewas/gagal, berakhirlah riwayat impian anda. Dengan ini anda akan bermati-matian mempertahankan perniagaan anda.
g. Luangkan sedikit masa anda untuk memikirkan idea kreatif yang dapat menjayakan perniagaan anda.
h. Sentiasalah anda merendah diri walaupun anda telah berjaya. Sikap ini akan menyebabkan sesiapa pun tidak berasa rendah diri apabila bergaul dengan anda.
i. Sentiasalah anda memberikan keyakinan kepada mereka yang berurusan dengan anda.

j. Sentiasa berkata kepada diri sendiri : Aku berniaga kerana mengejar kepuasan, bukannya wang. Jika anda puas, wang akan datang bergolek.
k. Mesti sanggup menentang arus. Orang tak buat cara ini, anda buat. Jika orang lain tidak buat, anda buat, anda akan berjaya.
l. Mesti sanggup belajar dan diajar oleh sesiapa sahaja meskipun daripada pelanggan. Walaupun anda sudah berjaya, anggapkan sahaja anda belum berjaya. Dengan ini, anda akan sentiasa berusaha.
m. Sentiasa turun ke bawah. Jangan hanya melihat dari atas walaupun anda telah berjaya.
n. Beri motivasi kepada diri sendiri. Berikan hadiah kepada diri anda apabila anda berjaya melakukan sesuatu. Hadiah itu mungkin berupa tidur seketika untuk merehatkan otak anda.
o. Sekali anda melakukan perniagaan ini, anda mesti melakukannya setiap hari. Jangan dibiarkan ada hari anda tidak melakukannya kerana dikhuatiri semangat anda akan luntur.
p. Jangan berprasangka buruk kepada orang lain. Yang zahir tidak semestinya mencerminkan yang batin.
q. Cakap mesti serupa bikin. Jangan menyuruh oang lain melakukan sesuatu tetapi anda buatlah dahulu sebelum pihak lain mencontohinya.
r. Sentiasa setia pada syarikat dan produk. Sifat katak tidak ada dalam resipi kejayaan usahawan .
s. Sentiasa riang kerana keriangan akan meredakan ketegangan.
t. Anggapkan bahawa melakukan perniagaan sebagai ibadah.
u. Jangan anggap perniagaan ini sebagai cuba-cuba atau main-main sahaja. Anggapkan perniagaan ini sebagai penentu kepada impian anda.
v. Berikan kail kepada yang memerlukannya, jangan berikan ikan. Biasanya, apabila anda sudah berjaya, banyaklah orang yang mendekati anda semata-mata kerana wang. Jangan berikan wang kepada mereka.

w. Jangan berasa rendah diri walaupun anda berhadapan dengan taikun perniagaan. Jika pun mereka tidak berhasrat menjadi rakan anda, mereka mungkin menjadi pelanggan tetap anda yang berpotensi.
x. Sentiasa mencari ilmu/pengetahuan baru terutamanya yang berkaitan dengan perniagaan jualan langsung sama ada daripada pergaulan, bahan bacaan, atau daripada teknologi maklumat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan